Kenapa ada akaun DA dan MA?


Apa maksud akaun DA & MA? Kenapa perlu ada 2 akaun?

DA ni akaun dengan kadar diskaun (untuk sms & call), manakala MA ialah akaun dengan kadar biasa. Walaubagaimanapun, kadar termurah utk 10 nombor famili & rakan adalah sama, tanpa mengira akaun DA ataupun MA.

Pembahagian kredit akan berlaku secara automatik, bergantung pada jumlah topup. Contoh awak topup RM30. RM20 masuk akaun DA, RM10 masuk akaun MA

Kredit untuk sms & call akan digunakan pada akaun DA, bila DA dah habis, baru guna akaun MA. Kalau topup RM50, semua masuk akaun DA

Untuk data, kredit akan ditolak pada akaun MA. Walaubagaimanapun, kalau MA tak cukup, kredit yang tak cukup tu akan ditolak dari akaun DA secara automatik.

Pembahagian akaun DA dan MA ni perlu untuk memberikan pengguna lebih penjimatan dengan kadar diskaun (DA). Telco lain hanya ada satu akaun sahaja iaitu akaun dengan kadar biasa.